Rabu, Jun 09, 2010
INGATLAH ALLAH
Al-Quran pegangan umat
Waktu kau masih anak-anak
kau bagai teman sejatiku
dengan wudhu kau sentuh aku
dalam keadaan suci kau pegang aku
kau baca dengan lirih dan keras
sekarang kau telah dewasa
nampaknya kau suah tidak berminat lagi padaku
apakah aku bacaan usang?
yang tinggal sejarah
sekarang kau simpan kau dengan rapih
kau biarkan aku sendiri
berlapis debu…. dimakan kutu…
kumohon peganglah aku lagi
bacalah aku setiap hari
karena aku akan jadi penerang dalam kuburmu).
Selasa, Jun 08, 2010
Senandung Al-Fatihah
Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya
Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat
TAK SEINDAH WAJAH
Ku sangka aur dipinggir tebing,
Kiranya tebu di pinggir bibir,
Kusangka jujur pancaran batin,
Rupanya palsu penghias zahir.
Ku kira hati jiwa nurani,
Suci seindah wajah terbayang,
Ku kira puji seikhlas budi,
Ku lupa lidah tidak bertulang.
Dimanis gula semut binasa,
Kail berduri bersalut umpan,
Dimanis kata insan terlena,
Kerana budi hamba terkorban.
Inilah dia lakonan hidup,
Di pentas dunia insan berpura,
Tipu dan daya mencapai maksud,
Budi dan harta merangkum noda.
Isnin, Jun 07, 2010
Hijau
Hijau....sedap mata memandang
Hijau....Itulah bumi sebenar
Hijau....Indahnya alam
Hijau adalah habitat sebenar
Hijau istilah maksud cemburu
Memang ramai cemburukan kehijauan,
Hingga lupa tangan yang memusnahkan
Adakah mereka ini benci dengan kurniaan tuhan???
Alam musnah dari Tangan2 yang rakus kerana tamak mengumpul kekayaan...
Kekayaan dikumpul,tapi alam dimusnahkan..
Adakah kekayaan kekal sselamanya,adakah kekayaan boleh dibawa kedalam alam barzakh??
Adakah kekayaan melebihi kehijauan?
Adakah Kekayaan dapat meredakan tangisan bumi?
Adakah kekayaan dapat mengesat air mata bumi yg seakan kering kerana menangis?
Ingat wahai insan sekalian,Jangan korbankan bumi nazak...
Jangan biarkan bumi semput?
Jangan biarkan pembuluh darahnya pecah..
Jangan biarkan jantungnya terhenti sebelum kiamat menghampiri...
Cintailah alam
Cintailah bumi
Musnah alam
Musnah la penghuninya

