BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, Mac 22, 2011

Kata-kata Hikmah

Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.

Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.

Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.

Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.

Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.

Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’

Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.

Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.

Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.

Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.

Ahad, Oktober 17, 2010

kalau saya mati

Kalau saya mati, siapakah yg Yasin kn saya?....siapakah yg mandikan saya....? Siapakah yang kapankan saya...? Siapakah yang sembahyangkan saya...? Siapakah yang kebumikan saya....? Siapakah yang banyak mendoakan saya....? WALLAHUALAM...Itu semua rahsia , selagi ia belum berlaku. Bila sdh berlaku ruginya krn tk dapat nak berterima kasih kpd mereka, krn tiada lagi nyawa di kandung badan. Apa yang penting dari sekaranglah saya patut berbuat baik kpd sesiapa saja, kerana saya tk tahu siapa yg akan menguruskan jasad saya ,bila tiada lagi nyawa di kandung badan...TERIMA KASIH 5X....Saya Sayang Semua....

Rabu, Jun 09, 2010

INGATLAH ALLAH

Di waktu kaya ingatlah pada Allah
Di waktu miskin ingatlah pada Allah
Di waktu sihat ingatlah pada Allah
Di waktu sakit ingatlah pada Allah
Kerjakan perintahnya jauhi larangannya
Itulah orang yang ingat Allah
Banyak yang kaya lupa pada Allah
Banyak yang miskin jauh dari Allah
Banyak yang sihat lari dari Allah
Banyak yang sakit merindukan Allah
Itulah orang yang sombong
Kepada Tuhannya
Tidak kenal kepada Allah
Ingatlah wahai manusia
Semuakan kembali pada Allah
Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu di tangan Allah

Al-Quran pegangan umat

Kata-kata AL-QURAN pada umat dizaman global ini:

Waktu kau masih anak-anak
kau bagai teman sejatiku
dengan wudhu kau sentuh aku

dalam keadaan suci kau pegang aku
kau baca dengan lirih dan keras
sekarang kau telah dewasa
nampaknya kau suah tidak berminat lagi padaku

apakah aku bacaan usang?
yang tinggal sejarah
sekarang kau simpan kau dengan rapih
kau biarkan aku sendiri

berlapis debu…. dimakan kutu…
kumohon peganglah aku lagi
bacalah aku setiap hari
karena aku akan jadi penerang dalam kuburmu).

Selasa, Jun 08, 2010

Senandung Al-Fatihah

Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

TAK SEINDAH WAJAH

Ku sangka aur dipinggir tebing,
Kiranya tebu di pinggir bibir,
Kusangka jujur pancaran batin,
Rupanya palsu penghias zahir.

Ku kira hati jiwa nurani,
Suci seindah wajah terbayang,
Ku kira puji seikhlas budi,
Ku lupa lidah tidak bertulang.

Dimanis gula semut binasa,
Kail berduri bersalut umpan,
Dimanis kata insan terlena,
Kerana budi hamba terkorban.

Inilah dia lakonan hidup,
Di pentas dunia insan berpura,
Tipu dan daya mencapai maksud,
Budi dan harta merangkum noda.

Isnin, Jun 07, 2010

Hijau

Hijau....sedap mata memandang
Hijau....Itulah bumi sebenar
Hijau....Indahnya alam
Hijau adalah habitat sebenar
Hijau istilah maksud cemburu
Memang ramai cemburukan kehijauan,
Hingga lupa tangan yang memusnahkan
Adakah mereka ini benci dengan kurniaan tuhan???
Alam musnah dari Tangan2 yang rakus kerana tamak mengumpul kekayaan...
Kekayaan dikumpul,tapi alam dimusnahkan..
Adakah kekayaan kekal sselamanya,adakah kekayaan boleh dibawa kedalam alam barzakh??
Adakah kekayaan melebihi kehijauan?
Adakah Kekayaan dapat meredakan tangisan bumi?
Adakah kekayaan dapat mengesat air mata bumi yg seakan kering kerana menangis?
Ingat wahai insan sekalian,Jangan korbankan bumi nazak...
Jangan biarkan bumi semput?
Jangan biarkan pembuluh darahnya pecah..
Jangan biarkan jantungnya terhenti sebelum kiamat menghampiri...
Cintailah alam
Cintailah bumi
Musnah alam
Musnah la penghuninya